Isnin, 6 Oktober 2008

Perlumbaan bermula

Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden telah bermula. Sebaik saja Ramadhan berakhir satu demi satu calun menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Umno. Semua dengan satu hasrat memulihkan Umno (bersangka baik).

Dulu masa Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin suruh Pak Lah berhenti cepat ramai yang kata Muhyiddin bertindak dengan kemahuan Dr Mahathir. Hari-hari ada yang yang membalun dia.

Tapi orang yang sama membalun Muhyiddin telah menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno contoh Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Ali Rustam. Tidak ketinggalan Datuk Nor Jazlan Mohamad (ini betul-betul dark horse)

Selepas ini boleh lah kita katakan yang mana kuda hitam (dark horse), Kambing panggang (roasted goat), ayam jantan (fighting roaster) atau lembu liar (mad cow).

Semua pemimpin Umno yang bertanding jawatan Timbalan dan Naib akan jatuh dalam salah satu ketegori diatas. Mari kita bertaruh.... kategori yang mana paling sesuai untuk mereka.