Selasa, 24 Jun 2008

Broker siri 2

Ini kira-kira sambungan tajuk yang lalu. Aku dah meniaga macam-macam tapi 3 tahun kebelakangan ni aku bertambah aktif bila aku ada syarikat sendiri... tapi yea lah manusia merancang tapi tuhan punya kuasa... aku gagal... hutang bertimbun disebabkan perniagaan aku tidak berjaya.

Dua bulan kebelakangan ni aku mula gila menjadi broker projek. Mula-mula projek di Mersing, nilai dia RM25 juta. Bila aku jumpa tuan punya syarikat jadi RM190 juta. Lepas tu di Kuala Lumpur, projek nilai RM130 juta... tak lama projek di Dungun lak ada kaitan dengan perladangan nak eksport pekerja asing seramai 250 orang nilai hmm... juta-juta. Sekarang tengah duk pulun projek RM1.4 juta di Pekan. Ha..ha..

Satu persamaan yang ketara semua projek diatas ialah syarikat yang dapat projek dari kerajaan atau agensi kerajaan pusat... tapi semua tak da pulus.... itulah gunanya broker macam aku.... aku dah berniat kalau dapat mana-mana projek diatas perkara pertama dibuat ialah bayar hutang... tapi kalau tak berjaya... tobat.. malas aku nak buat lagi.... letih oii...

Tiada ulasan: