Selasa, 24 Jun 2008

Broker

Tajuk kat atas mengingatkan aku kepada Hamdan Taha bekas orang kuat PKR di awal reformasi yang sekarang menjadi orang kuat Umno. Di awal reformasi, Hamdan bersama teman-teman yang lain berceramah di seluruh tempat melaungkan sumpah keramat anti Umno. Awal tahun 2004, bersama "kumpulan 12" beliau menyertai Umno semula. Nama beliau muncul semula apabila pemilihan Umno tahun itu dijalankan. Beliau adalah "campaign manager" Tan Sri Isa Samad untuk jawatan Naib Ketua Umno. Selepas berkempen di seluruh negara, Isa Samad menang dengan undi terbanyak.

Tapi tak lama, sebab Isa kena gantung sebab main politik wang. Kali kedua nama beliau muncul selaku broker utama politik apabila gabungan DAP/PAS/PKR menang di Perak dengan kelebihan 3 kerusi. Mengikut gerangan, si hamdan ni beria-ia berkempen meminta mana-mana adun PR yang menang sertai BN dan menawarkan habuan tertentu.

Aku rasa setakat tu jerlah.... rupanya tak.... muka dia muncul dalam blog KL Pos semasa kemasukan Mat Ezam dalam Umno semula pada Mei lalu. Macam tak caya, lihat beliau sedang menolong Mat Ezam mengisi borang Umno di restoran Mc Donald. Ha..ha... gembira sebab ujud kerjaya broker politik selain broker projek, broker tanah, broker pekerjaan dan lain-lain.

Kawan aku sedang melobi aku kahwin dengan kenalan dia... ini kira broker kahwin ke.....

Tiada ulasan: