Aku terbaca dalam blog Penarik Beca tentang ura-ura parti PAS mengadakan pertemuan dengan Umno di London. kalau ikut cerita Penarik Beca nie..... pertemuan atas perpaduan melayu dan Islam. Difahamkan beberapa ahli parlimen PAS seperti Mahfuz Omar, Salahudin Ayup dan beberapa orang lagi bersemangat mengadakan pertemuan dengan sebilangan ahli parlimen Umno.
Tajuk perbincangan ialah kuasa orang Melayu yang semakin berkurang. Kadang-kadang kita sebagai rakyat biasa tak terfikir macam mana dua parti terbesar Melayu yang bermusuh boleh berkawan atas nama Melayu. Sebenarnya aku secara peribadi, tak setuju atau getik dengan mereka yang bercakap atas nama Melayu. Kuasa Melayu lah, perpaduan Melayu lah... pendek kata atas nama Melayu semuanya boleh termasuk khianat keatas kawan-kawan perjuangan.
Aku tak pasti kemana arah PAS sebenarnya.... selepas mencapai kejayaan terbesar dalam PRU ke 12 sehingga mendapat 3 Menteri Besar, nampaknya mereka dah hilang arah. Ada segelintir ahli PAS kata mereka ibarat PPP dalam Barisan Nasional.... maksudnya mereka tidak ada kuasa. Pelik jugak.... 3 Menteri Besar iaitu Kelantan, Kedah dan Perak dikuasai mereka tetapi sentimen yang mereka diketepikan dari Pakatan Rakyat telah mula membara.
Katalah.... PAS setuju berkawan dengan Umno dan menubuhkan kerajaan campuran... bagaimana dengan 13 parti komponen lain didalam Barisan Nasional.... bukankah ini berbahaya kepada perpaduan nasional.... bukankah ini yang BN mahukan.... keadaan yang tidak tenteram akhirnya membolehkan darurat diistiharkan oleh Yang DiPertuan Agung.....
Macam nilah PAS, fikirlah habis-habis..... sekarang ni Umno dah nyawa-nyawa ikan.... janganlah besok perkataan tadi kembali kepada PAS.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan