Jumaat, 13 Jun 2008

Whoahh... pening aku

Kadang-kadang aku bosan dengan politik kat Malaysia... tak matang... kejap BN berperang dengan BA, lepas pilihanraya dengar cerita Umno dengan Pas nak bergabung bentuk kerajaan sementara... lepas tu Anwar Ibrahim dah setuju nak masuk Umno semula. Tapi kata Anwar lepas 16 September, kerajaan pusat akan bertukar dari BN ke PR.

Kadang-kadang kita terfikir adakah itu realiti atau hanya mainan orang bawahan sahaja. Gossip atau mainan kata orang politik dijadikan sandaran. Kali pertama aku dengar Pas nak berkawan semula dengan Umno bila pembentukan kerajaan Perak dan Selangor hendak dilakukan. Di Perak, ujud Perjanjian Pangkor dimana Tajol Rosli jadi MB Perak dan wakil Pas jadi Timbalan MB. Di Selangor, kata-kata Dr Hassan Ali bertemu secara rahsia dengan Dr Khir Toyo menjadikan ianya adalah rahsia umum.

Lepas tu Dr Mahathir keluar Umno, tak sampai seminggu Ezam (mantan ketua Amk PKR) sertai Umno dengan kata bahawa Pak Lah seorang pemimpin yang berani melakukan perubahan. Dikalangan orang-orang Dr M, lak kata Ezam is a "Trojan Horse". Kemasukan Ezam untuk memudahkan Anwar menjadi Perdana Menteri melalui Umno.

Kadang-kadang aku tergelak sendiri dengan orang politik ni.... berpolitiklah kamu yang penting kebajikan rakyat diutamakan. Harga minyak mesti diturunkan, cukai yang bukan-bukan mesti dihapuskan. Cukuplah..... rakyat sudah sengsara..... aku nasihatkan satu sahaja pada PM sekarang.... bagilah orang lain perintah kalau dah tak mampu .....

Tiada ulasan: