Isnin, 9 Jun 2008

Himpunan setengah juta

Secara kebetulan aku balik ke Melaka, aku singgah ke tempat yang dijadualkan akan berlaku demonstrasi iaitu di Stesen Minyak Petronas, Masjid Tanah. Aku duk perhati jauh-jauh, bukan apa seronok peratikan orang.... janji 445 petang. Bila dah masuk jam 5 petang, aku dah mula bosan.

Akhirnya akan nampak kelibat Ab WahabIbrahim, Ketua Penerangan PKR Melaka sedang mengambil hailer. Dengan penuh semangat, beliau memulakan bicara. Masa itulah baru nampak kelibat 10 - 15 orang mula berkumpul. Antaranya Kamaruddin Sidik, Ketua Pemuda Pas Melaka dan teman-teman beliau.

Adalah 15 minit, kemudian OCPD Alor Gajah meminta himpunan itu dihentikan. Aku pun bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sepanjang jalan aku terfikir biar pun tak ramai tapi ianya satu permulaan berani di sebuat tempat yang ketandusan maklumat.

Tiba-tiba sms aku berbunyi "himpunan setengah juta pada 12 Julai membantah kenaikan harga minyak anjuran PR"... ha..ha... ini baru berani.....

Ada berani.......

Tiada ulasan: