Pagi tadi aku hantar orang rumah ke Maktab Perguruan Ilmu Khas di bandar Tun Razak. Aku nampak kain rentang bertajuk "Pendedahan Ezam Md Nor tentang PKR". Di bawah kain rentang tu tertulis bas disediakan untuk pendengar.
Wah... satu perkembangan baru untuk kawan aku nie.... sejak kembali semula ke Umno, bersungguh-sungguh dia bercerita tentang keburukan Anwar Ibrahim dan PKR. Kali terakhir aku berjumpa Mat Ezam ialah tahun lalu di pejabat Gerak. Aku temankan sahabat baik aku iaitu Md Yusof. Macam-macam dia sembang termasuk dia tidak akan kembali semula ke Umno... sebaik sahaja keluar dari pejabat Mat Ezam ni, kawan aku beritahu... Mat Ezam akan kembali semula ke Umno.
Sahabat baik dia sendiri pun boleh bau pergerakan Mat Ezam.... inikan Anwar tak kan tak tahu. Kadang-kadang aku kasihan dengan Mat Ezam ialah disaat-saat PKR menang (dengan bantuan DAP/PAS) terutama di Selangor.... mamat nie terkeluar dari arena politik nasional. Apa yang dia lakukan ialah "political mileage" supaya tak terkeluar terus dari arena politik macam kawan-kawan baik Ruslan Kassim dan Zahid Md Arip.
Satu sahaja nasihat kepada Mat Ezam.... rakyat tengah tertekan dengan kenaikan minyak dan harga barang.... aku tak fikir ceramah politik akan mampu menarik minat ramai pihak. Ada baiknya dia berceramah bagaimana nak turunkan harga barang di Cheras malam nie.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan