Jumaat, 20 Jun 2008

Khianat

Aku cuba lari dari topik politik.... tapi tak boleh sebab hari-hari ada benda yang aku nak komen... yang terbaru pengkhianatan parti SAPP atau Parti Maju Rakyat Sabah yang dipimpin oleh Datuk Yong Teck Lee. Mamat ni agak popular sebab pernah jadi Ketua Menteri Sabah tahun 1990an dulu. Gaya dia bersahaja dan mungkin menyebabkan penyokong dia menyenangi kepimpinan beliau.

Yang menarik, ini bukan kali pertama dia belot. Tahun 1994, selepas Parti Bersatu Sabah (PBS)memenangi pilihanraya menewaskan BN di Sabah, beliau adalah sebilangan orang yang belot dan keluar dari PBS sehingga menyebabkan kerajaan negeri jatuh. Sejarah berulang lagi. Secara kebetulan, orang yang menggesa beliau keluar dari BN Sabah ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahun 1994, Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah.

Pak Lah kata Yong amat tamak kerana dirinya tidak mendapat apa yang dihajatinya. Hmmm.. susah jugak.... Macam mana boleh caya ke Yong Teck Lee nie

Tiada ulasan: