Baru sekarang aku dapat menulis.... baru tahu susah jugak nak update blog. Sibuk memanjang.... ha..ha... dua hari lepas minyak naik... macam orang gila kita dibuatnya... rakyat Thailand dan Singapura diberi masa sehingga beberapa hari tetapi rakyat sendiri hanya beberapa jam sahaja diumumkan... adakah patut. Stesen minyak di seluruh negara sesak sehingga jam 12 malam.
Kenaikan tertinggi semenjak merdeka iaitu RM0.78 sen (seliter RM2.70)... hanya orang yang kaya sahaja yang tidak akan marah... subsidi diberi hanya RM650 setahun sahaja...saja nak berkongsi aku yang tinggal di Petaling Jaya dan bekerja di Shah Alam terpaksa membayar RM250-00 sebulan khusus untuk bekerja dan itu tidak termasuk ketika balik kampung ke masjid tanah atau pekan nanas hampir setiap bulan. Boleh pengsan wehh....
Teman aku, Khairuddin Ibrahim mencadangkan supaya protes jalanan di buat segera... kawan perjuangan aku, Shahril Salleh kata dia dah nak sponsor baju "kami anti naik minyak".... bekas calun aku, Abu Husin Tamby kata "I'm ready bro" suatu sms aku dapat pagi tadi "ayuh kita berhimpun di stesen minyak Pertonas Masjid Tanah jam 445 petang (ahad) membantah kenaikan harga minyak".... betul ker rakyat dah naik darah.... boleh percaya ke pada sms nie....
Buat letih yob.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan