Selasa, 17 Jun 2008

Reports Petronas is public

Tajuk akhbar Star ari ni "Reports is public". Presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican kata laporan petronas setiap tahun ada dikeluarkan sebanyak 5000 salinan dan ianya juga boleh didapati dari web site. Aku mencari dari web dan aku setuju bahawa laporan itu ada dikeluarkan.

Cuma, Tan Sri Hassan Merican tak kata "public can ask the reports". Kat sini aku berani kata kita yang buka web site tu memang diperbodohkan. Laporan itu cuma sebahagian kecil dari ketelusan yang sebenarnya. Bagaimana dengan khabar angin yang menyatakan dua set akaun disediakan oleh juruaudit Petronas setiap tahun. Khabar angin ni aku dengar dari orang membuat akaun Petronas tu sendiri.

Bagaimana pula dengan akaun rahsia yang cuma diketahui dan diuruskan secara solo oleh Perdana Menteri. Ini aku dengar dari mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Bagaimana pula dengan setengah perbelanjaan yang dikeluarkan yang aku rasa tak logik pula. Kepada sapa aku nak bertanya.

Kerajaan tidak boleh mengharapkan jualan minyak untuk pembangunan negara.... kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan negara. Secara kebetulan minyak adalah hasil sumber asli anggaplah ianya kurniaan Allah Swt kepada umatnya di Malaysia. Bagaimana jika minyak tak da macam di setengah-tengah negara maka tidak adalah pembangunan.... macam tu ker.....

Hasil minyak untuk nikmat rakyat dan bukan untuk pemimpin negara yang korupsi semata-mata.

Tiada ulasan: